I made this widget at MyFlashFetish.com.

Like tHis bLog ??

Saturday, April 9, 2011

sayang VS benci

Harini aku bangun pagi macam biasa. 6.00(awal kan)hehe. Mandi, solat dan berdoa dengan hati yang pasrah, bile bosan aku duduk atas katil sambil termenung,dan tersenyum sambil memikirkan***. Aku mesti positif. Berfikiran matang. Aku bukan budak2 lepas sekolah. Aku dah dewasa. Orang dewasa kurang bercakap perkara sia2, mereka banyak berfikir. Orang dewasa yang bijak tak cepat melenting. Orang dewasa yang dewasa, tak mudah melatah. Dan orang dewasa tak buat perkara dan keputusan terburu2. So aku pun mesti begitu

. Dan untuk pagi hari Sabtu ini, aku belajar sesuatu yang baru. Menyayangi manusia lebih mudah dari membenci mereka. Sayang lebih mudah. Sayang semua orang tanpa prasangka. Hati lebih tenang, jiwa lebih aman. Sayang adalah perkara yang mudah. Tapi kenapa masih ramai yang mahu membenci..

Benci itu sukar. Benci mesti dilakukan sepenuh kemahuan. Benci mesti datang dengan fikiran2 yang negatif dan dengan memikir yang bukan2. Kita mesti mencari2 satu kesalahan manusia untuk kita berupaya membencinya. Bukankah sukar?

Jadi aku memilih untuk menyayangi manusia seadanya. Tidak ada benci. Hanya kasih sayang yang SEADANYA. Aku senyum memikir. Kenapa aku susah sangat nak jadi sedikit kejam dan jahat? Mungkin sebab aku 1 dalam 1000. Baik, berbaik-baik, buat baik, baik sangka, dan mengajak pada kebaikan (ceh macam aku ni baik sangat hehe)
Kebencian tidak akan bersanding dengan kasih sayang, tetapi kebencian akan hilang dengan hadirnya kasih sayang.

Syukur padaMu, Tuhan

No comments:

Post a Comment