Ok kenapa?
Kau nampak hebat ke dengan cerita bohong kau tu?
Kau dah bagus sangat lah ye?
Kat si polan A kau cerita macam ini, kat si polan B kau cerita lain pulak.
Isu ni dah banyak kali berlaku pada saya. Bila saya fokus dan dengar masalah orang, dan bila saya ikhlas beri pendapat tentang cara nak setel masalah orang tu, saya menganggap yang orang tu jujur dengan saya. Tapi tup tup, lain pulak cerita kau dekat orang lain. Mencik aku. Tipah tertipu tipah tertipu lagiiii~~~
So berbalik kepada tajuk - Kenapa Orang Menipu?
Satu faktor kenapa orang menipu ialah, sebab dia nak melindungi sesuatu.
Ok contoh.
Mak : Kamu pergi mana hah semalam mak call kamu banyak kali tapi kamu tak jawab?
Anak : Ala mak ni.. orang silent handphone, lepas tu orang tidur kejap.. Sebab tu la tak jawab phone.. Sory mak sory.
Realiti sebenar : Si anak tak jawab panggilan telefon mak sebab dia melepak sap kok lu *isap rokok dulu* kat rumah member-member lelaki. Kalau mak tahu, KANTOI la kan kan?
Faktor ke dua kenapa orang menipu ialah, sebab dia mahukan sesuatu.
Boyfren : You, kenapa you tak pakai handphone yang I bagi kat you tu? Handphone pusaka tu you, I guna sejak I Form 1 lagi, sekarang I bagi You pulak pakai phone tu.
Girlfren : Dah kebetulan housemate I bagi I guna Blackberry dia.. I pakai ajelah.. Lagi pun handphone pusaka you tu mana boleh guna untuk BBM dengan kawan-kawan kelas I.. Tak ada camera pulak tu. I nak ambil gambar sendiri lepas tu nak upload kat Facebook pun tak boleh.. Lagi pun I tengah suka lagu Lady Gaga sekarang ni, I nak la guna lagu dia kat ringtone I.. Nokia 1100 tu mampu ke you.. Bla bla bla bla~~
Faktor ke tiga kenapa orang menipu ialah, sebab dia nak nampak COOL KONON AH BLAH LA KAU.
Mangsa : Eh eh best tak kau pergi tengok movie semalam? Hensem tak mamat bisnesman yang ajak kau tengok wayang tu? Wah wahhh excited lebih pulak aku kan.
Pemangsa : Best gila si*l cerita semalam. Dia belanja aku tengok cerita 2 Alam kau tahu.. Ok la jugak keluar dengan dia semalam, dia siap bagi aku bunga lagi tapi bagi aku tu biasa-biasa je.. Sebelum ni pun aku dah pernah dapat bunga lagi banyak lagi daripada tu. Oh semalam masa dia jemput aku kat rumah, not bad la kereta dia - Lamborghini macam cousin aku punya. Lepas tengok wayang tu kitorang pergi makan kat Concorde ala biasa-biasa je bagi aku. Bla bla bla~~
Realiti : Pemangsa sebenarnya keluar dengan lelaki miang tua kerepot yang setakat belanja tengok wayang lepas tu mengharap nak pegang sana pegang sini pulak. Setakat bawak kereta company, tak payah la nak gebang tu Lamborghini ke Ferrari ke apa ke. Makan kat mamak aje pun, Concorde la sangat.
Faktor keempat kenapa orang menipu - Sebab dia tak ada apa yang orang ada.
Situasinya :
Milah : Eh semalam masa jalan-jalan kat Time Square, Milah sempat beli kasut high heel tinggi enam inci setengah alahaii gembiranya Milah!
Joyah : Oloh setakat kasut beli kat Time Square, Joyah tak heran sangat pun Milah.. Nih, minggu lepas Joyah shopping sakan borong satu butik Vincci nih! Tak payah cakap la kasut apa Joyah beli, semua design latest-latest ni semua Joyah sapu dulu ihik ihik ihik!
Milah : Bertuah sungguh la kamu ni Joyah.. Eh kamu kata banyak beli kasut, tapi kenapa asik duk pakai kasut tali putus kamu ni? Kalau tak silap, kasut ni pun kamu pakai masa pergi dinner night company kita, kasut ni jugak lah yang kamu pakai masa kamu mula-mula datang interview kat sini tiga tahun lepas kan Joyahnye?
Joyah : *&^^%^$%*(*UU**%^#@$*)
Realiti : Itu lakonan semata-mata. Kalau tak ada, cakap je tak ada. Kalau jeles, mengaku je jeles. Tak payah nak buat-buat hebat.
Banyak lagi sebab kenapa orang sanggup menipu, tak kiralah untuk kebaikan atau yang mendatangkan keburukan. Sebaiknya, cubalah bersikap jujur dengan semua orang. Dengan cara tu, orang akan hormat pada kita dan kita tak dilabel sebagai HIPOKRIT oh aku mencik sama itu Hipokrit.
Kesimpulannya, BERUBAH LA YE.. :)
No comments:
Post a Comment